Maklumat Penanaman Lobelia Riviera

Maklumat Penanaman

Lobelia Riviera(Lobelia erinus)

Percambahan

Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dengan pH di antara 5.5 hingga 6.5 dan EC kira-kira 0.75 mmhos/cm (ekstrak 1:2). Jangan litupi benih dengan vermikulit. Jika anda menggunakan biji benih bersalut, pastikan biji benih telah diairkan dengan baik supaya ianya dapat larut. dissolve.


Penghasilan Anak Benih

Nota: Setiap biji benih bersalut menghasilkan kira-kira 5 hingga 7 anak benih secara purata.

Media:
Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dengan pH di antara 5.5 hingga 6.5 dan EC kira-kira 0.75 mmhos/cm (ekstrak 1:2).

Semaian:
Jangan litupi benih dengan vermikulit. Jika anda menggunakan biji benih bersalut, pastikan biji benih telah diairkan dengan baik supaya ianya dapat larut. dissolve.

Suhu
Percambahan: 70 hingga 76°F (21 hingga 24°C)
Peringkat kotiledon : 68 hingga 74°F (20 hingga 23°C)
Daun sebenar : 66 hingga 72°F (19 hingga 22°C)
Anak benih : 64 hingga 68°F (18 hingga 20°C)
Percambahan mengambil masa kira-kira 4 hingga 6 hari dalam pondok percambahan.

Cahaya: Jika benih Lobelia disemai pada masa siang yang kurang dari 12 jam, pembungaan akan lambat. Masa siang di antara 12 hingga 14 hours akan mempercepatkan pembungaan.

Baja: Bubuh baja pada anak benih dari Peringkat 2 dengan baja yang lengkap pada kadar 75 hingga 100 ppm N.

Penggunaan Growth Regulator: Penggunaan growth regulator tidak diperlukan.


Pertumbuhan Sehingga Dewasa

Saiz Bekas: Lobelia Riviera amat sesuai untuk ditanam pada tempat mendatar dengan 48 hingga 72 sel untuk jualan yang berwarna-warni. Lobelia Regatta pula perlu mula ditanam pada tempat mendatar, tetapi kegunaan kemudian adalah dalam pasu bergantung, bekas bercampur atau sebagai sempadan.

Media: Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dan tidak bertanah dengan pH di antara 5.2 hingga 5.8.

Suhu: Lobelia Riviera dan Regatta mempunyai prestasi yang baik di tempat dengan iklim sederhana. Suhu pada waktu malam di antara 50 hingga 60 (°F) akan menghasilkan tanaman dengan kualiti yang lebih baik. Suhu siang patut ditetapkan di antara 66 hingga 72°F (19 hingga 22°C).

Cahaya: Lobelia lebih bebas berbunga apabila masa siang adalah lebih lama dari 12 jam. Pembungaan akan menjadi lebih cepat jika tanaman diberikan cahaya semasa musim sejuk, di mana masa siang adalah kurang dari 12 jam. Semasa lewat musim bunga, apabila tanaman tumbuh di dalam keadaan suhu yang tinggi, teduhan akan membantu untuk menghasilkan tanaman yang lebih rendah dan berkualiti lebih baik.

Pembajaan: Lobelia memerlukan baja yang sedikit sehingga sederhana dan mempunyai prestasi yang paling baik apabila baja yang lengkap digunakan pada kadar di antara 150 hingga 200 ppm N. Kurangkan kadar baja semasa tanaman hampir dewasa bagi memastikan tanaman adalah padat.

Penggunaan Growth Regulator: B-Nine telah terbukit berkesan bagi mengawal ketinggian Lobelia. Semburan daun pada kadar 3,000 hingga 5,000 ppm sebelum tanaman mula memanjang akan menghasilkan bakul padat yang cantik bagi Lobelia Regatta. Secara umumnya, kadar 2,500 ppm adalah mencukupi bagi menghasilkan tanaman yang padat bagi variasi Riviera.